29 Jan 2014

Staffnesssss kepada pelatih

Assalamualaikum

Dear pelatih hospital **** ,

Dengan sukacita maha agung dimaklumkan bahawa anda semua pelatih2 di hospital maha busy bagai nak menemui ajal esok lusa tulat tonggeng tetonggek ini akan memulakan sesi latihan anda pada 2feb2014 ini dan untuk pengetahuan anda demikian adalah hari ahad. Ape ke jadual anda atau anda yang vangang? Tetapi jika anda bermurah hati limpa anda,dipersilakan datang pada hari tersebut utk membantu kami yg sentiasa desperate untuk menggunakan anda semua dlm menguruskan segala hal remeh temeh aka bodoh yg sememangnya tiada berkaitan dgn scope latihan anda. Mcm anda tak tahu ? Takkan vangang kot ? Anda semua mmg akan dipergunakan sehabis2 mungkin sampai anda rasa nak terajang sepak akan kami .Tapi anda harus fikir, kami yg menilai anda. Kang kalau tak nama kau kau kau akan dicanang seluruh jabatan farmasi bahawasanya anda tidak patuh dlm menjalankan tugas2 yg diberi . Anda tidak mahu bukan ? Jadi silalah upgrade bakat lakonan anda, agar kami terpedaya dgn segala keikhlasan anda membantu kami yg kurang upaya. Dah try masuk aswara sepanjang cuti sem? Situ salah satu tmpt utk mengasah bakat lakonan anda semua. Konfem kami terpedaya . Itu janji kami .

Jadi dear pelatih,

Kami memang tidak sabar menunggu kedatangan anda semua . Bukan ape, byk sgt kerja bodoh yg perlu diselesaikan oleh kalian. Jadi kami harap anda cepat2 mulakan latihan agar boleh jadi kuli yg up sikit dari batak atau balak dan seterusnya membantu kami yg sgt memerlukan bantuan ikhlas daripada anda semua. Jgn tak ikhlas,nanti kurang pahala kurang juga markah anda . Tak mahu bukan ? Jadi ikhlas2 kan lah diri anda agar masa dapat log book, markah full spec . Jika tidak jgn salahkan kami kerana mulut buku log anda binasa .

Kepada pelatih disayangi,

Sampai di sini sajalah yg kami ingin sampaikan . Bersiap sedia la dari segi mental dan fizikal, terutamanya mental anda . Ingat segala kelakuan anda diperhatikan, kerana kami di sini tak pandang kerajinan anda, fokus kami hanya dengar keburukan atau kebaikan anda dari mulut mulut puaka yg lain, tapi selalu excited nak dgr yg buruk2 je, yg baik mmg tak ade lah pun .biasalah manusia, hidup penuh dgn sikap menilai seseorang based on rupa atau cerita orang lain . Bagus kan kami ? Jadi itu pasal la kami nak anda bersedia dari segi mental anda . Takut betul2 mental pulak nanti setelah dpt marks log book .
Sekian itu sahaja pesanan daripada kami . Have a great practical days to all of you . Thanks

Sincerelylikeass,
Kami the staffness .

No comments: